Sunday, March 13, 2011

Masalah Gangguan Pertuturan Murid Pemulihan Khas

Gangguan Pertuturan
Gangguan ini menjejaskan kefahaman dan cara seseorang bercakap. Gangguan ini dalam bentuk penyalahsebutan, bunyi-bunyi pertuturan hingga ketidakbolehan bercakap. Seseorang yang mengalami masalah pertuturan ini adalah:
• jika pertuturannya berbeza dari individu-individu lain dalam kumpulan umur, jantina atau bahasa yang sama
• jika pertuturannya sukar difahami
• apabila seseorang itu mengelak daripada berkomunikasi dengan orang lain

Jenis Masalah Pertuturan
Masalah pertuturan yang telah dikenal pasti terdiri daripada :
Gagap
Pertuturan yang tidak lancer disebabkan teragak-agak dan pengulangan atau pemanjangan pertuturan
Masalah artikulasi / telor
Tidak dapat menyebut bunyi pertuturan dengan betul
Masalah suara
Penggunaan nada dan kekuatan bunyi yang tidak sesuai, suara serak, sengau atau garau
Pelat
Dipengaruhi oleh slanga kenegerian. Contohnya, Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu
Meninggalkan atau menambah imbuhan
Afasia
Hilang keupayaan bertutur disebabkan penyakit strok atau kecederaan kepala

Penyebab Masalah Pertuturan
Antara penyebab masalah pertuturan ialah :

• Masalah hilang pendengaran
• Palsi serebral dan masalah lain
• Kecederaan kepala yang teruk
• Strok
• Sindrom down
• Lelangit bercelah / sumbing
• Kanser pita suara

Masalah Gangguan Pendengaran Murid Pemulihan Khas

Gangguan Pendengaran


Mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar dengan jelas. Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit dimana bunyi pertuturan didengar lebih perlahan sehingga pada tahap kepekakan yang sangat teruk. Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang :
  • Tidak menoleh kepada sumber bunyi
  • Seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan
  • Membuka tv terlalu kuat
  • Menunjukkan tanda-tanda keliru
  • Tidak memahami pertuturan
  • Meminta percakapan diulang-ulang
  • Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
  • Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan
  • Sukar memahami perbualan di tempat bising
  • Sukar memahami perbualan telefon
  • Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
  • Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
  • Terpaksa memalingkan kepala kearah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengar
Jenis Masalah Pendengaran


Terdapat 3 jenis masalah pendengaran iaitu :

1. Masalah pendengaran konduktif

Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar atau dalam dimana bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisyen kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Contohnya
  • Ketiadaan lubang telinga (atresia)
  • Cuping telinga kecil atau tiada lubang telinga (microtia atau anotia)
  • Sumbatan tahi telinga di salur telinga
  • Jangkitan kuman pada salur telinga
  • Telinga tengah dan gegendang telinga bocor atau pecah.
Kehilangan pendengaran jenis ini selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

2. Masalah Pendengaran Sensorineural


Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat dimana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini juga disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi pendengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah ini tidak dapat dirawat tetapi ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran.
 
3. Masalah Pendengaran Campuran


Berlau apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir sama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.

Penyebab Masalah Pendengaran


Antara penyebab masalah pendengaran ialah :

• Jangkitan telinga kronik – telinga bernanah

• Faktor keturunan – diwarisi daripada ahli keluarga terdekat

• Kecacatan kongenital

• Pendedahan kepada bunyi bising yang berterusan – contohnya di kilang

• Proses penuaan atau tumor – umur yang semakin meningkat atau tua hilang deria pendengaran

MURID PEMULIHAN KHAS

Kanak-kanak Pemulihan Khas


Merupakan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pelajar-pelajar ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan kepada mereka. Murid-murid ini juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka.

Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berterusan ini. Pendidikan pemulihan merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini adalah untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.

Masalah-masalah Murid Pemulihan


Kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Antaranya ialah :

  • Mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata
  • Pertuturan yang mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan.
  • Lemah dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling.
  • Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri.
  • Gagal dalam ujian atau peperiksaan dan lemah / mundur dalam pelajaran. Tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi
  • Ketidakbolehan belajar sesuatu dalam masa yang terhad
  • Darjah kecerdasan yang rendah apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya.
Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.

Oleh yang demikian, setiap kali murid-murid ini masuk ke dalam kelas pemulihan khas, mereka akan rasa dihargai dan di terima oleh guru dan juga rakan-rakan. Guru pemulihan khas sangat mengambil berat tentang diri, kemajuan dan pencapaian mereka. Bahkan setiap kejayaan walau sekecil manapun akan diraikan dengan tepukan dan ganjaran. Ada di kalangan murid-murid pemulihan khas ini berasa sangat gembira apabila melihat hasil latihan yang mereka buat dengan sendiri, seperti tidak percaya, " Eh, saya betul semua lah!" kata mereka kepada kawan-kawannya. Walaupun latihan yang diberi sangat mudah dan senang tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Murid-murid pemulihan khas perlu diberikan latihan bermula dari kemahiran asas yang paling kecil supaya mereka boleh mencapai objektif pembelajaran pada hari itu. Kenyataannya, murid-murid pemulihan khas juga boleh berjaya.... Cikgu Cam.