Salam Sejahtera...
Terima kasih kerana terus melayari laman blog saya. Saya terkejut dengan jumlah pelawat sekarang..terima kasih dan terima kasih lagi... Maaf kerana ada beberapa komen yang tidak dapat saya balas dan beri respon. Walau bagaimanapun saya yakin cikgu-cikgu di luar sana sudah tau apa yang dicari dan sudah boleh menyelesaikan setiap masalah yang timbul. Sekian lama baru kali ini saya dapat berkongsi lagi maklumat yang saya ada. Namun kali ini saya ingin kongsikan nota ringkas yang telah lama saya simpan dan sering menjadi rujukan jikasaya ingin melaksanakan aktiviti menulis di dalam kelas. Sila...sila..sila.. Cikgu Cam.
KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran menulis merujuk:
- Keupayaan murid menulis perkataan & ayat dalam mengeluarkan idea dalam pelbagai jenis penulisan. Sama ada berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman. Kreatif atau bukan kreatif..
- Penggunaan ayat yg gramatis, tanda baca dan predikat yg betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemas dan ejaan yang betul.
Konsep Menulis:
- Kemahiran murid berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.
- Murid perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.
Tujuan Menulis:
- Keupayaan murid menulis perkataan & ayat dalam mengeluarkan idea dalam pelbagai jenis penulisan. Sama ada berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman. Kreatif atau bukan kreatif..
- Penggunaan ayat yg gramatis, tanda baca dan predikat yg betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Kemas dan ejaan yang betul.
Konsep Menulis:
- Kemahiran murid berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.
- Murid perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis kesimpulan.
Tujuan Menulis:
1. Melahirkan murid yang dapat mengolah idea, pendapat, situasi atau tajuk ke dalam bentuk karangan.
2. Melatih murid melahirkan idea.
3. Melatih murid menghujah dan mengembangkan idea.
4. Melatih murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul.
5. Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
6. Melatih murid menggunakan format karangan yang betul.
7. Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari.
8. Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.
9. Menyuburkan murid.
10. Meluaskan Kosa Kata.
11. Memberikan kepuasan jiwa.
PERINGKAT MENULIS
Peringkat
pramenulis
Peringkat
mekanis
Peringkat
pelahiran
Peringkat Pramenulis
Aktiviti menulis iaitu sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul. Merupakan aktiviti latihan otot dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid:-
- menulis dari kiri ke kanan
- latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.
- latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.
- menyambung titik
- membuat corak
- membuat garis lurus
- melukis gambar
Peringkat Mekanis
Pada peringkat ini murid diajar untuk menguasai dan membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya diajar menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.
Contoh aktiviti:
- menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.
- menulis bentuk-bentuk huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.
Contoh lain:
- menekap huruf
- menekap huruf dalam garis putus-putus
- menulis huruf dalam suku kata
Peringkat Pelahiran
Pada peringkat ini murid telah menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Murid juga sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan (sudah matang). Guru boleh memulakan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal dan secara berpandu. Kemudian didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.
Contoh:
1. menulis jawapan pemahaman
2. menulis karangan
3. menulis ayat berdasarkan gambar
4. membina ayat
5. memanjangkan ayat
6. menulis rencana
7. mengisi silang kata
8. melengkapkan ayat.
Penulisan
terkawal
Disediakan oleh guru
Contoh :
1. Mengisi
tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan.
2. Menyusun
ayat2 yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.
Penulisan separa terkawal
Disediakan oleh guru
Contoh:
1. Menggantikan
perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan2 lain yang telah disediakan.
Karangan berpandu
Guru memandu murid menulis.
Contoh:
1. Menulis
semula cerita
2. Menulis
karangan berdasarkan soalan2 berurutan mengenai sesuatu tajuk
3. Memindahkan
bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.
Bebas
Guru
sedia tajuk. Murid bebas mengolah sacara individu, kolaboratif dan koperatif.
Contoh:
1. Naratif:
cerita, laporan,rencana, ulasa
2. Argumentative:
bahas, perbincanagan, kritikan
3. Deskritif:
gambaran, peristiwa, benda, perwatakan
4. Kreatif:
puisi, cerpen, drama
5. Imaginatif:
pengalaman.