Pages

Saturday, November 19, 2011

KEMAHIRAN MEMBACA


 KEMAHIRAN MEMBACA

  Definisi dan Konsep Membaca

Definisi Membaca

Menurut Frank Smith (1971), dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010), membaca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan yang diterima. Atan Long (1976) mendefinisikan membaca sebagai proses kebalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Menurut Abu Basar (1981) pula, membaca didefinisikan sebagai gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya. Menurut John Everatt dalam Mastuti Isa (2008), membaca ialah pentafsiran perkataan dan pemahaman bahasa.

Kesimpulannya, membaca merupakan proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.

Konsep Membaca

Menurut Kamarudin Hj. Husin (248: 1998), mengikut fahaman dahulu, membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu, pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran, dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu membaca mengikut bahasanya sendiri. Mengikut fahaman sekarang, membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dikira pandai membaca. Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca.

Kesediaan Membaca

Definisi Kesediaan Membaca

Situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya untuk belajar atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang pembelajarannya.
Konsep Kesediaan Membaca

Kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi, dan fizikal. Mengikut Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk pada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangan.

Piaget (1966), mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-6 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun), dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun).

Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada pada peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.

Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi, dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca

Kematangan
 Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan boleh merupakan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial, dan kematangan emosi. Kesemua sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya.

Pengalaman
 Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung pada kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran tertentu.

 
Persekitaran
 Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak yang terdedah pada pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca, dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama.

Keadaan Fizikal
 Keadaan fizikal merujuk pada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang sempurna.

Emosi, Motivasi, dan Sahsiah
 Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

Kecerdasan
 Kecerdasan dan perkembangan kognitif sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

 
Pengamatan
 Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Semasa membaca, kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

Penguasaan Bahasa
 Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Membaca


Kognitif

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu, kanak-kanak yang lebih mahir dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran membacanya.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan, kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi.
 


 
Persekitaran
Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca serta meningkatkan kemahiran membaca mereka. Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.
Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Dengan ini, secara tidak langsung mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.
Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai  kemahiran membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio budaya, pendapatan, kestabilan sosioekonomi, corak interaksi, dan komunikasi ke atas pembelajaran.
Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua merupakan role model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku mempunyai dorongan untuk meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.
Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca dan meningkatkan kemahiran membaca.
Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi kemahiran membaca murid, termasuklah :
a.            Pemilihan bahan
b.            Jenis soalan yang ditanya
c.            Jenis maklum balas yang diberi
d.            Suasana pembelajaran
e.            Dorongan
f.             Pengukuhan yang digunakan.
Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas. Dengan ini, mereka dapat menguasai kemahiran membaca.

  Budaya
Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan oleh kumpulan budaya itu seperti seni, bahasa, muzik, makanan, aktiviti membaca, dan sebagainya.
Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca dapat mempengaruhi kemahiran membaca murid-murid. Budaya ini diamalkan oleh setiap guru dan murid agar peningkatan berlaku. Misalnya, setiap hari pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula, guru mengalakkan murid membaca bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh mempengaruhi kemahiran membaca murid.

Sosioekonomi

Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa. Pendapatan ibu bapa berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca mereka.

Sememangnya, keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka. Misalnya, memberi tuisyen, membeli buku rujukan, membeli alat elektronik yang mengajar pembacaan, prasarana dan suasana yang selesa untuk membaca, dan seumpamanya. Semua ini dapat meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.

Sunday, March 13, 2011

Masalah Gangguan Pertuturan Murid Pemulihan Khas

Gangguan Pertuturan
Gangguan ini menjejaskan kefahaman dan cara seseorang bercakap. Gangguan ini dalam bentuk penyalahsebutan, bunyi-bunyi pertuturan hingga ketidakbolehan bercakap. Seseorang yang mengalami masalah pertuturan ini adalah:
• jika pertuturannya berbeza dari individu-individu lain dalam kumpulan umur, jantina atau bahasa yang sama
• jika pertuturannya sukar difahami
• apabila seseorang itu mengelak daripada berkomunikasi dengan orang lain

Jenis Masalah Pertuturan
Masalah pertuturan yang telah dikenal pasti terdiri daripada :
Gagap
Pertuturan yang tidak lancer disebabkan teragak-agak dan pengulangan atau pemanjangan pertuturan
Masalah artikulasi / telor
Tidak dapat menyebut bunyi pertuturan dengan betul
Masalah suara
Penggunaan nada dan kekuatan bunyi yang tidak sesuai, suara serak, sengau atau garau
Pelat
Dipengaruhi oleh slanga kenegerian. Contohnya, Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu
Meninggalkan atau menambah imbuhan
Afasia
Hilang keupayaan bertutur disebabkan penyakit strok atau kecederaan kepala

Penyebab Masalah Pertuturan
Antara penyebab masalah pertuturan ialah :

• Masalah hilang pendengaran
• Palsi serebral dan masalah lain
• Kecederaan kepala yang teruk
• Strok
• Sindrom down
• Lelangit bercelah / sumbing
• Kanser pita suara

Masalah Gangguan Pendengaran Murid Pemulihan Khas

Gangguan Pendengaran


Mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar dengan jelas. Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit dimana bunyi pertuturan didengar lebih perlahan sehingga pada tahap kepekakan yang sangat teruk. Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang :
  • Tidak menoleh kepada sumber bunyi
  • Seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan
  • Membuka tv terlalu kuat
  • Menunjukkan tanda-tanda keliru
  • Tidak memahami pertuturan
  • Meminta percakapan diulang-ulang
  • Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
  • Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan
  • Sukar memahami perbualan di tempat bising
  • Sukar memahami perbualan telefon
  • Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
  • Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
  • Terpaksa memalingkan kepala kearah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengar
Jenis Masalah Pendengaran


Terdapat 3 jenis masalah pendengaran iaitu :

1. Masalah pendengaran konduktif

Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar atau dalam dimana bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisyen kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Contohnya
  • Ketiadaan lubang telinga (atresia)
  • Cuping telinga kecil atau tiada lubang telinga (microtia atau anotia)
  • Sumbatan tahi telinga di salur telinga
  • Jangkitan kuman pada salur telinga
  • Telinga tengah dan gegendang telinga bocor atau pecah.
Kehilangan pendengaran jenis ini selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

2. Masalah Pendengaran Sensorineural


Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat dimana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini juga disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi pendengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah ini tidak dapat dirawat tetapi ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran.
 
3. Masalah Pendengaran Campuran


Berlau apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir sama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.

Penyebab Masalah Pendengaran


Antara penyebab masalah pendengaran ialah :

• Jangkitan telinga kronik – telinga bernanah

• Faktor keturunan – diwarisi daripada ahli keluarga terdekat

• Kecacatan kongenital

• Pendedahan kepada bunyi bising yang berterusan – contohnya di kilang

• Proses penuaan atau tumor – umur yang semakin meningkat atau tua hilang deria pendengaran

MURID PEMULIHAN KHAS

Kanak-kanak Pemulihan Khas


Merupakan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pelajar-pelajar ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan kepada mereka. Murid-murid ini juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka.

Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berterusan ini. Pendidikan pemulihan merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini adalah untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.

Masalah-masalah Murid Pemulihan


Kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Antaranya ialah :

  • Mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata
  • Pertuturan yang mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan.
  • Lemah dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling.
  • Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri.
  • Gagal dalam ujian atau peperiksaan dan lemah / mundur dalam pelajaran. Tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi
  • Ketidakbolehan belajar sesuatu dalam masa yang terhad
  • Darjah kecerdasan yang rendah apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya.
Murid-murid pemulihan ini juga dianggap sebagai murid murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dianggap disebabkan oleh kecacatan. Kadangkala mereka ini diberi label pencapaian rendah yang bermaksud bahawa mereka memperlihatkan taraf pendidikan yang tidak memuaskan berbanding dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya mereka atau taraf pencapaian yang diharapkan bagi murid-murid pada peringkat persekolahan.

Oleh yang demikian, setiap kali murid-murid ini masuk ke dalam kelas pemulihan khas, mereka akan rasa dihargai dan di terima oleh guru dan juga rakan-rakan. Guru pemulihan khas sangat mengambil berat tentang diri, kemajuan dan pencapaian mereka. Bahkan setiap kejayaan walau sekecil manapun akan diraikan dengan tepukan dan ganjaran. Ada di kalangan murid-murid pemulihan khas ini berasa sangat gembira apabila melihat hasil latihan yang mereka buat dengan sendiri, seperti tidak percaya, " Eh, saya betul semua lah!" kata mereka kepada kawan-kawannya. Walaupun latihan yang diberi sangat mudah dan senang tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Murid-murid pemulihan khas perlu diberikan latihan bermula dari kemahiran asas yang paling kecil supaya mereka boleh mencapai objektif pembelajaran pada hari itu. Kenyataannya, murid-murid pemulihan khas juga boleh berjaya.... Cikgu Cam.

Saturday, January 22, 2011

PENGAJARAN MAKRO

Definisi Makro
n  Makro bermaksud awalan yang banyak
n  Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit kemahiran,dlm sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup
n  Merupakan simulasi  satu pengajaran yang lengkap kpd satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu
n  Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yg sekian lama dipelajari.

Objektif Pengajaran Makro
n  Menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih.
n  Mempraktikana suatu suasana sebenar apabila mengajar
n  Memperbaiki kelemahan-kelemahan pengajara yg berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar

Kepentingan Pengajaran makro
n  Memberi peluang kpd guru pelatih mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi yg terancang .
n  Mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa disekolah
n  Meningkatkan keberkesanan kurikulum dan keadah baru kpd beberapa org pelajar
n  Membolehkan guru menjalankan amali sebenar- benarnya sebagai melatih diri utk mejadi guru

Matlamat makro
n  Melahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yg tinggi apabila mula menjalankan tugas kelak
n  Menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar
n  Pendedahan yg dipelajari semasa dimaktab menjadi satu kayu pengukur dalam menjalankan pengajaran
n  Mengetahui setiap persediaan yg perlu dibuat apabila memulakan tuigas mengajar

Perancangan
n  Kejayaan bergantung kpd perancangan yg rapi.
n  Komponen persediaan;- tarikh/masa/mata pelajaran/kelas/bil pelajar dan tajuk
n  Kemahiran:-nombor kemahiarn /isinya
n  Pengetahuan sedia ada
n  Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/afektif)
n  Sumber P&P
n  Penerapan Nilai murni
n  Penggabungjalinan kemahiran

Komponen Penyampian
n  Set induk si
n  Perkembangan- langkah pengajaran.
n  Strategi pengajaran

Langkah pengajaran makro
n  Set Induksi
n  Perkembangan
n  penutup

Jenis Kemahiran dalam Pengajaran Mikro

Jenis Kemahiran Mikro
n  Kemahiran Set Induksi
n  Kemahiran memberi penerangan
n  Kemahiran menggunakan contoh
n  Kemahiran Mengolah Isi pelajaran
n  Kemahiran Variasi Ransangan
n  Kemahiran Penyoalan.
n  Kemahiran Pengukuhan
n  Kemahiran Penutup

Kemahiran Set Induksi
n  Tumpuan dalam induksi set ialah:-
n  Pelatih dapat memberikan fokus pelajar terhadap pelajaran yg akan dimulakan.
n  Membina kerangka rujukan sebelum dan selepas pelajaran
n  Berupaya memeberikan makna kpd konsep atau prinsip yg baru
n  Berupaya membangkitkan minat dan penglibatan pelajar

Prinsip Induksi Set
n  Bermakna:- memulakan pengajaran dgn memberikan bahan yg bermakna serta dapat menarik minat pelajar. Tarik perhatian pelajar kpd perkara yg berkaitan dhgn persekitaran pengetahuanya.
n  Berkaitan :- dikaitkan dgn isi kandungan yg selari dgn objektif pengajaran. Memastikan permulaan pengajaran yg perlu berkaitan dgn bahamn dan obj p&P
n  Pengetahuan Sedia Ada :- membantu pelajar agar dapat menjadikan pelajaran lebih menarik serta membantu meningkatkan sifat ingin meneroka pelajaran seterusnya.

Kemahiran Memberi Penerangan
n  Menerangkan pelajaran dengan lebih bermakna,sempurna,jelas dan tepat
n  Mengatahui langkah,prosedur @ peraturan yg terdapat dlm P&P
n  Membuat penaakulan sebab-musabab berlakunya sesuatu kejadian
n  Penerangan dgn menggunakan contoh @ ilustrasi yg sesuai akan membantu pemahaman

Kemahiran Menggunakan contoh
n  Penyampaian lebih menarik jika penerangan dilakukan disertai dgn contoh yg sesuai. Contoh dlm btk cerita,ilustrasi @ bahan lain.
n  Contoh bermula dgn berbentuk konkrit kpd abstrak

Kemahiran Mengolah Isi Pelajaran
n  Melibatkan kemahiran menyusun dan mengorganisasikan kandungan pelajaran agar dapat disampaikan dgn baik.
n  Isi perlu disampaikan secara berperingka-peringkat.
n  Guru perlu merancang penggunaan bahan pengajaran dgn teratur

Kemahiran Variasi ransangan
n  Tujuannya utk membangkitkan perhatian pelajar dan memberikan fokus terhadap fakta penting pelajaran.
n  Penggunaan ransangan yg pelbagai mengelakkan kebosanan pelajar.
n  Aspek yg perlu dikuasaialah pergerakan,perubahan pertuturan,perubahan fokus deria,btk penglibatan lisan dan fizikal pelajar

Kemahiran Penyoalan
n  Penyoalan membantu pelajar berfikir
n  Guru perlu faham tentang cara merancang dan mengemukakan soalan dalam kelas
n  Memahami aspek domain soalan agar soalan yg dibina benar-benar menguji pelajar.
n  Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian

Kemahiran Pengukuhan
n  Galakkan pelajar menjawab soalan,mengemukakan cadangan dan melibatkan diri dalam perbincangan
n  Berikan peneguhan melalui pujian dl btk lisan,gred baik senyuman anggukan kepala.

Kemahiran Penutup
n  Kemahiran merumus,megulang peneguhana dan membuat penilaian tentang sama ada objektif pengajaran yg disediakan tercapai atau tidak.
n  Penutup perlu sesuai dgn obj dan aktiviti pengajaran
n  Tujuan penutup menarik perhatian tentang perkara yg baru dipelajari,megukuhkan konsep dan kemahiran baru.
n  Terdapat dua penutup iaitu kognitif dan sosial
n  Kognitif bertujuan mengukuhkan pelajaran dgn memeberikan perhatian terhadap fakta yg dipelajari.
n  Penutup sosial menekakan perasaan yg dialami semasa prosese P&P

Strategi Pelaksanaan Mikro

Strategi Pelaksanaan Pengajaran Mikro

Allen & Ryan telah memperkenalkan pusingan pengajaran mikro yg menjadi asas pengajaran tersebut ;-
n  Perancangan
n  Mengajar
n  Pencerapan
n  Perancangan Semula
n  Mengajar semula
n  Pencerapan semula

Pengelolaan Pengajaran Mikro
n  Terdapat empat komponen besar pengajaran mikro;-
n  Taklimat-tajuk,isi kandungan dan kemahiran
n  Mengajar;-buat persediaan, tumpu perhatian pada satu kemahiran saja
n  Sesi kritik- perbincangan
n  Mengajar semula;

Peranan Individu dalam pengajaran Mikro
n  Peranan Guru :-sampaikan pengajaran dgn gunakan kemahiran tertentu.Tajuk dipilih berdasarkan kemampuan,bakat dan kebolehan pelajar,akur terhadap saranan pensyarah.
n  Gp akan diminta mengulas perlakuanya dlm penyampian ilmu pengetahuan

Peranan Pengkrikitk
n  Perhatikan tiap-tiap peringkat perkembangan p&p
n  Catatakan pemerhatian dlm borang penilaian
n  Nyatakan kekurangan dan kekuatan

Peranan Jurukamera
n  Fokuskan kamera kapada kegiatan guru yg sedang mengajar.
n  Tumpukan ke arah guru yg sedang mengajar,memberi penaran,memnulis di papan hitam/putih,tujuk cara