Gangguan Pertuturan
Gangguan ini menjejaskan kefahaman dan cara seseorang bercakap. Gangguan ini dalam bentuk penyalahsebutan, bunyi-bunyi pertuturan hingga ketidakbolehan bercakap. Seseorang yang mengalami masalah pertuturan ini adalah:
• jika pertuturannya berbeza dari individu-individu lain dalam kumpulan umur, jantina atau bahasa yang sama
• jika pertuturannya sukar difahami
• apabila seseorang itu mengelak daripada berkomunikasi dengan orang lain
Jenis Masalah Pertuturan
Masalah pertuturan yang telah dikenal pasti terdiri daripada :
• Gagap
Pertuturan yang tidak lancer disebabkan teragak-agak dan pengulangan atau pemanjangan pertuturan
• Masalah artikulasi / telor
Tidak dapat menyebut bunyi pertuturan dengan betul
• Masalah suara
Penggunaan nada dan kekuatan bunyi yang tidak sesuai, suara serak, sengau atau garau
• Pelat
Dipengaruhi oleh slanga kenegerian. Contohnya, Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu
• Meninggalkan atau menambah imbuhan
• Afasia
Hilang keupayaan bertutur disebabkan penyakit strok atau kecederaan kepala
Penyebab Masalah Pertuturan
Antara penyebab masalah pertuturan ialah :
• Masalah hilang pendengaran
• Palsi serebral dan masalah lain
• Kecederaan kepala yang teruk
• Strok
• Sindrom down
• Lelangit bercelah / sumbing
• Kanser pita suara
Cikgu-Cikgu Pemulihan Khas, LINUS, Pra-Sekolah, Ibu Bapa dan mereka yang inginkan maklumat tambahan untuk subjek pengajian...santapan yang tak seberapa sedang saya hidangkan. Sila...sila...sila..
Sunday, March 13, 2011
Masalah Gangguan Pendengaran Murid Pemulihan Khas
Gangguan Pendengaran
Mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar dengan jelas. Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit dimana bunyi pertuturan didengar lebih perlahan sehingga pada tahap kepekakan yang sangat teruk. Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang :
Terdapat 3 jenis masalah pendengaran iaitu :
1. Masalah pendengaran konduktif
Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar atau dalam dimana bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisyen kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Contohnya
2. Masalah Pendengaran Sensorineural
Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat dimana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini juga disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi pendengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah ini tidak dapat dirawat tetapi ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran.
3. Masalah Pendengaran Campuran
Berlau apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir sama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.
Penyebab Masalah Pendengaran
Antara penyebab masalah pendengaran ialah :
• Jangkitan telinga kronik – telinga bernanah
• Faktor keturunan – diwarisi daripada ahli keluarga terdekat
• Kecacatan kongenital
• Pendedahan kepada bunyi bising yang berterusan – contohnya di kilang
• Proses penuaan atau tumor – umur yang semakin meningkat atau tua hilang deria pendengaran

- Tidak menoleh kepada sumber bunyi
- Seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan
- Membuka tv terlalu kuat
- Menunjukkan tanda-tanda keliru
- Tidak memahami pertuturan
- Meminta percakapan diulang-ulang
- Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
- Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan
- Sukar memahami perbualan di tempat bising
- Sukar memahami perbualan telefon
- Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
- Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
- Terpaksa memalingkan kepala kearah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengar
Terdapat 3 jenis masalah pendengaran iaitu :
1. Masalah pendengaran konduktif
Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar atau dalam dimana bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisyen kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Contohnya
- Ketiadaan lubang telinga (atresia)
- Cuping telinga kecil atau tiada lubang telinga (microtia atau anotia)
- Sumbatan tahi telinga di salur telinga
- Jangkitan kuman pada salur telinga
- Telinga tengah dan gegendang telinga bocor atau pecah.
2. Masalah Pendengaran Sensorineural
Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat dimana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini juga disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi pendengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah ini tidak dapat dirawat tetapi ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran.
3. Masalah Pendengaran Campuran
Berlau apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir sama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.
Penyebab Masalah Pendengaran
Antara penyebab masalah pendengaran ialah :
• Jangkitan telinga kronik – telinga bernanah
• Faktor keturunan – diwarisi daripada ahli keluarga terdekat
• Kecacatan kongenital
• Pendedahan kepada bunyi bising yang berterusan – contohnya di kilang
• Proses penuaan atau tumor – umur yang semakin meningkat atau tua hilang deria pendengaran
MURID PEMULIHAN KHAS
Kanak-kanak Pemulihan Khas
Merupakan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pelajar-pelajar ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan kepada mereka. Murid-murid ini juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka.
Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berterusan ini. Pendidikan pemulihan merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini adalah untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.
Masalah-masalah Murid Pemulihan
Kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Antaranya ialah :
Oleh yang demikian, setiap kali murid-murid ini masuk ke dalam kelas pemulihan khas, mereka akan rasa dihargai dan di terima oleh guru dan juga rakan-rakan. Guru pemulihan khas sangat mengambil berat tentang diri, kemajuan dan pencapaian mereka. Bahkan setiap kejayaan walau sekecil manapun akan diraikan dengan tepukan dan ganjaran. Ada di kalangan murid-murid pemulihan khas ini berasa sangat gembira apabila melihat hasil latihan yang mereka buat dengan sendiri, seperti tidak percaya, " Eh, saya betul semua lah!" kata mereka kepada kawan-kawannya. Walaupun latihan yang diberi sangat mudah dan senang tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Murid-murid pemulihan khas perlu diberikan latihan bermula dari kemahiran asas yang paling kecil supaya mereka boleh mencapai objektif pembelajaran pada hari itu. Kenyataannya, murid-murid pemulihan khas juga boleh berjaya.... Cikgu Cam.

- Mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata
- Pertuturan yang mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan.
- Lemah dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling.
- Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri.
- Gagal dalam ujian atau peperiksaan dan lemah / mundur dalam pelajaran. Tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi
- Ketidakbolehan belajar sesuatu dalam masa yang terhad
- Darjah kecerdasan yang rendah apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya.
Oleh yang demikian, setiap kali murid-murid ini masuk ke dalam kelas pemulihan khas, mereka akan rasa dihargai dan di terima oleh guru dan juga rakan-rakan. Guru pemulihan khas sangat mengambil berat tentang diri, kemajuan dan pencapaian mereka. Bahkan setiap kejayaan walau sekecil manapun akan diraikan dengan tepukan dan ganjaran. Ada di kalangan murid-murid pemulihan khas ini berasa sangat gembira apabila melihat hasil latihan yang mereka buat dengan sendiri, seperti tidak percaya, " Eh, saya betul semua lah!" kata mereka kepada kawan-kawannya. Walaupun latihan yang diberi sangat mudah dan senang tetapi itulah hakikat yang sebenarnya. Murid-murid pemulihan khas perlu diberikan latihan bermula dari kemahiran asas yang paling kecil supaya mereka boleh mencapai objektif pembelajaran pada hari itu. Kenyataannya, murid-murid pemulihan khas juga boleh berjaya.... Cikgu Cam.
Saturday, January 22, 2011
PENGAJARAN MAKRO
Definisi Makro
n Makro bermaksud awalan yang banyak
n Pengajaran makro merangkumi segala proses pengajaran,sekurang-kurangya satu unit kemahiran,dlm sesuatu waktu pelajaran. Di dalam proses makro meliputi tiga peringkat pemulaan pengajaran,perkembangan dan penutup
n Merupakan simulasi satu pengajaran yang lengkap kpd satu kelas biasa.simulasi boleh dilakukan di dalam bilik darjah,makmal atau bilik previu
n Pengajaran makro merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yg sekian lama dipelajari.
Objektif Pengajaran Makro
n Menyediakan suatu kemahiran lengkap kepada semua guru pelatih.
n Mempraktikana suatu suasana sebenar apabila mengajar
n Memperbaiki kelemahan-kelemahan pengajara yg berlaku di samping mengukuhkan kelebihan mengajar
Kepentingan Pengajaran makro
n Memberi peluang kpd guru pelatih mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam situasi yg terancang .
n Mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa disekolah
n Meningkatkan keberkesanan kurikulum dan keadah baru kpd beberapa org pelajar
n Membolehkan guru menjalankan amali sebenar- benarnya sebagai melatih diri utk mejadi guru
Matlamat makro
n Melahirkan guru-guru yg mempunyai keyakinan yg tinggi apabila mula menjalankan tugas kelak
n Menjadi lebih berkaliber dan kreatif semasa menagajar
n Pendedahan yg dipelajari semasa dimaktab menjadi satu kayu pengukur dalam menjalankan pengajaran
n Mengetahui setiap persediaan yg perlu dibuat apabila memulakan tuigas mengajar
Perancangan
n Kejayaan bergantung kpd perancangan yg rapi.
n Komponen persediaan;- tarikh/masa/mata pelajaran/kelas/bil pelajar dan tajuk
n Kemahiran:-nombor kemahiarn /isinya
n Pengetahuan sedia ada
n Objektif pelajaran (kognitif/psikomotor/afektif)
n Sumber P&P
n Penerapan Nilai murni
n Penggabungjalinan kemahiran
Komponen Penyampian
n Set induk si
n Perkembangan- langkah pengajaran.
n Strategi pengajaran
Langkah pengajaran makro
n Set Induksi
n Perkembangan
n penutup
Jenis Kemahiran dalam Pengajaran Mikro
Jenis Kemahiran Mikro
n Kemahiran Set Induksi
n Kemahiran memberi penerangan
n Kemahiran menggunakan contoh
n Kemahiran Mengolah Isi pelajaran
n Kemahiran Variasi Ransangan
n Kemahiran Penyoalan.
n Kemahiran Pengukuhan
n Kemahiran Penutup
Kemahiran Set Induksi
n Tumpuan dalam induksi set ialah:-
n Pelatih dapat memberikan fokus pelajar terhadap pelajaran yg akan dimulakan.
n Membina kerangka rujukan sebelum dan selepas pelajaran
n Berupaya memeberikan makna kpd konsep atau prinsip yg baru
n Berupaya membangkitkan minat dan penglibatan pelajar
Prinsip Induksi Set
n Bermakna:- memulakan pengajaran dgn memberikan bahan yg bermakna serta dapat menarik minat pelajar. Tarik perhatian pelajar kpd perkara yg berkaitan dhgn persekitaran pengetahuanya.
n Berkaitan :- dikaitkan dgn isi kandungan yg selari dgn objektif pengajaran. Memastikan permulaan pengajaran yg perlu berkaitan dgn bahamn dan obj p&P
n Pengetahuan Sedia Ada :- membantu pelajar agar dapat menjadikan pelajaran lebih menarik serta membantu meningkatkan sifat ingin meneroka pelajaran seterusnya.
Kemahiran Memberi Penerangan
n Menerangkan pelajaran dengan lebih bermakna,sempurna,jelas dan tepat
n Mengatahui langkah,prosedur @ peraturan yg terdapat dlm P&P
n Membuat penaakulan sebab-musabab berlakunya sesuatu kejadian
n Penerangan dgn menggunakan contoh @ ilustrasi yg sesuai akan membantu pemahaman
Kemahiran Menggunakan contoh
n Penyampaian lebih menarik jika penerangan dilakukan disertai dgn contoh yg sesuai. Contoh dlm btk cerita,ilustrasi @ bahan lain.
n Contoh bermula dgn berbentuk konkrit kpd abstrak
Kemahiran Mengolah Isi Pelajaran
n Melibatkan kemahiran menyusun dan mengorganisasikan kandungan pelajaran agar dapat disampaikan dgn baik.
n Isi perlu disampaikan secara berperingka-peringkat.
n Guru perlu merancang penggunaan bahan pengajaran dgn teratur
Kemahiran Variasi ransangan
n Tujuannya utk membangkitkan perhatian pelajar dan memberikan fokus terhadap fakta penting pelajaran.
n Penggunaan ransangan yg pelbagai mengelakkan kebosanan pelajar.
n Aspek yg perlu dikuasaialah pergerakan,perubahan pertuturan,perubahan fokus deria,btk penglibatan lisan dan fizikal pelajar
Kemahiran Penyoalan
n Penyoalan membantu pelajar berfikir
n Guru perlu faham tentang cara merancang dan mengemukakan soalan dalam kelas
n Memahami aspek domain soalan agar soalan yg dibina benar-benar menguji pelajar.
n Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian
Kemahiran Pengukuhan
n Galakkan pelajar menjawab soalan,mengemukakan cadangan dan melibatkan diri dalam perbincangan
n Berikan peneguhan melalui pujian dl btk lisan,gred baik senyuman anggukan kepala.
Kemahiran Penutup
n Kemahiran merumus,megulang peneguhana dan membuat penilaian tentang sama ada objektif pengajaran yg disediakan tercapai atau tidak.
n Penutup perlu sesuai dgn obj dan aktiviti pengajaran
n Tujuan penutup menarik perhatian tentang perkara yg baru dipelajari,megukuhkan konsep dan kemahiran baru.
n Terdapat dua penutup iaitu kognitif dan sosial
n Kognitif bertujuan mengukuhkan pelajaran dgn memeberikan perhatian terhadap fakta yg dipelajari.
n Penutup sosial menekakan perasaan yg dialami semasa prosese P&P
Strategi Pelaksanaan Mikro
Strategi Pelaksanaan Pengajaran Mikro
Allen & Ryan telah memperkenalkan pusingan pengajaran mikro yg menjadi asas pengajaran tersebut ;-
n Perancangan
n Mengajar
n Pencerapan
n Perancangan Semula
n Mengajar semula
n Pencerapan semula
Pengelolaan Pengajaran Mikro
n Terdapat empat komponen besar pengajaran mikro;-
n Taklimat-tajuk,isi kandungan dan kemahiran
n Mengajar;-buat persediaan, tumpu perhatian pada satu kemahiran saja
n Sesi kritik- perbincangan
n Mengajar semula;
Peranan Individu dalam pengajaran Mikro
n Peranan Guru :-sampaikan pengajaran dgn gunakan kemahiran tertentu.Tajuk dipilih berdasarkan kemampuan,bakat dan kebolehan pelajar,akur terhadap saranan pensyarah.
n Gp akan diminta mengulas perlakuanya dlm penyampian ilmu pengetahuan
Peranan Pengkrikitk
n Perhatikan tiap-tiap peringkat perkembangan p&p
n Catatakan pemerhatian dlm borang penilaian
n Nyatakan kekurangan dan kekuatan
Peranan Jurukamera
n Fokuskan kamera kapada kegiatan guru yg sedang mengajar.
n Tumpukan ke arah guru yg sedang mengajar,memberi penaran,memnulis di papan hitam/putih,tujuk cara
Kepentingan Pengajaran Mikro
Objektif Pengajaran Mikro
- Guru-guru dapat dilatih mengenai kemahiran-kemahiran yg terdapat dalam menjalankan pengajaran.
- Memberi persediaan dan pendedahan awal kepada semua guru pelatih mengenai cara-cara menjalankan sesuatu kemahiran dalam pengajaran
- Memberi peluang kepada semua guru-guru pelatih menjalankan sesuatu kemahirab di dalam bilik kuliah dgn bimbingan pensyarah
- Guru pelatih mendfapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajara satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan.
- Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yg tenan ,mudah dan lebih kompleks
- Membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori yang disampaikan oleh pensyarah
- Dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa di sekolah pada masa depan
- Meningkatkan keyakinan guru peltih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran sebenar
- Menguji keberkesanan kurikulum dan kaedah baru kpd beberapa org pelajar.
- Melahirkan pelatih yang dapat mengkaji sendiri kelebihan dan kekurangan yang dilakukan dalam sesi mikro
- Memahami kesilapan pengajaran mereka dan membaikinya serta mengukuhkan kelebihan
- Membolehkan guru terlatih memeriksa kemahiran-kemahiran dgn memisahkan anatara satu sama lain. Ini akan membolehkan seseorang guru mengkaji secara berasingan tiap-taip kemahiran itu dgn jelas
Subscribe to:
Posts (Atom)