Terdapat 4 peringkat pengajaran kaedah Fernald
1. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi.
- guru menulis perkataan dengan saiz besar menggunakan crayon di atas kertas.
- pelajar akan menyurih huruf-huruf tersebut dengan menggunakan jari (T-K) sambil menyebut dan mendengar sebutan itu (A).
- pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan/tracing (V).
- proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.
- pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.
- pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang ditulis dan disebut oleh guru, namun pelajar perlu menulis perkataan tersebut.
- pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.
- pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).
- guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku.
- pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan yang bercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.
- pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.
No comments:
Post a Comment