Pages

Saturday, January 22, 2011

Jenis Kemahiran dalam Pengajaran Mikro

Jenis Kemahiran Mikro
n  Kemahiran Set Induksi
n  Kemahiran memberi penerangan
n  Kemahiran menggunakan contoh
n  Kemahiran Mengolah Isi pelajaran
n  Kemahiran Variasi Ransangan
n  Kemahiran Penyoalan.
n  Kemahiran Pengukuhan
n  Kemahiran Penutup

Kemahiran Set Induksi
n  Tumpuan dalam induksi set ialah:-
n  Pelatih dapat memberikan fokus pelajar terhadap pelajaran yg akan dimulakan.
n  Membina kerangka rujukan sebelum dan selepas pelajaran
n  Berupaya memeberikan makna kpd konsep atau prinsip yg baru
n  Berupaya membangkitkan minat dan penglibatan pelajar

Prinsip Induksi Set
n  Bermakna:- memulakan pengajaran dgn memberikan bahan yg bermakna serta dapat menarik minat pelajar. Tarik perhatian pelajar kpd perkara yg berkaitan dhgn persekitaran pengetahuanya.
n  Berkaitan :- dikaitkan dgn isi kandungan yg selari dgn objektif pengajaran. Memastikan permulaan pengajaran yg perlu berkaitan dgn bahamn dan obj p&P
n  Pengetahuan Sedia Ada :- membantu pelajar agar dapat menjadikan pelajaran lebih menarik serta membantu meningkatkan sifat ingin meneroka pelajaran seterusnya.

Kemahiran Memberi Penerangan
n  Menerangkan pelajaran dengan lebih bermakna,sempurna,jelas dan tepat
n  Mengatahui langkah,prosedur @ peraturan yg terdapat dlm P&P
n  Membuat penaakulan sebab-musabab berlakunya sesuatu kejadian
n  Penerangan dgn menggunakan contoh @ ilustrasi yg sesuai akan membantu pemahaman

Kemahiran Menggunakan contoh
n  Penyampaian lebih menarik jika penerangan dilakukan disertai dgn contoh yg sesuai. Contoh dlm btk cerita,ilustrasi @ bahan lain.
n  Contoh bermula dgn berbentuk konkrit kpd abstrak

Kemahiran Mengolah Isi Pelajaran
n  Melibatkan kemahiran menyusun dan mengorganisasikan kandungan pelajaran agar dapat disampaikan dgn baik.
n  Isi perlu disampaikan secara berperingka-peringkat.
n  Guru perlu merancang penggunaan bahan pengajaran dgn teratur

Kemahiran Variasi ransangan
n  Tujuannya utk membangkitkan perhatian pelajar dan memberikan fokus terhadap fakta penting pelajaran.
n  Penggunaan ransangan yg pelbagai mengelakkan kebosanan pelajar.
n  Aspek yg perlu dikuasaialah pergerakan,perubahan pertuturan,perubahan fokus deria,btk penglibatan lisan dan fizikal pelajar

Kemahiran Penyoalan
n  Penyoalan membantu pelajar berfikir
n  Guru perlu faham tentang cara merancang dan mengemukakan soalan dalam kelas
n  Memahami aspek domain soalan agar soalan yg dibina benar-benar menguji pelajar.
n  Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian

Kemahiran Pengukuhan
n  Galakkan pelajar menjawab soalan,mengemukakan cadangan dan melibatkan diri dalam perbincangan
n  Berikan peneguhan melalui pujian dl btk lisan,gred baik senyuman anggukan kepala.

Kemahiran Penutup
n  Kemahiran merumus,megulang peneguhana dan membuat penilaian tentang sama ada objektif pengajaran yg disediakan tercapai atau tidak.
n  Penutup perlu sesuai dgn obj dan aktiviti pengajaran
n  Tujuan penutup menarik perhatian tentang perkara yg baru dipelajari,megukuhkan konsep dan kemahiran baru.
n  Terdapat dua penutup iaitu kognitif dan sosial
n  Kognitif bertujuan mengukuhkan pelajaran dgn memeberikan perhatian terhadap fakta yg dipelajari.
n  Penutup sosial menekakan perasaan yg dialami semasa prosese P&P

Strategi Pelaksanaan Mikro

Strategi Pelaksanaan Pengajaran Mikro

Allen & Ryan telah memperkenalkan pusingan pengajaran mikro yg menjadi asas pengajaran tersebut ;-
n  Perancangan
n  Mengajar
n  Pencerapan
n  Perancangan Semula
n  Mengajar semula
n  Pencerapan semula

Pengelolaan Pengajaran Mikro
n  Terdapat empat komponen besar pengajaran mikro;-
n  Taklimat-tajuk,isi kandungan dan kemahiran
n  Mengajar;-buat persediaan, tumpu perhatian pada satu kemahiran saja
n  Sesi kritik- perbincangan
n  Mengajar semula;

Peranan Individu dalam pengajaran Mikro
n  Peranan Guru :-sampaikan pengajaran dgn gunakan kemahiran tertentu.Tajuk dipilih berdasarkan kemampuan,bakat dan kebolehan pelajar,akur terhadap saranan pensyarah.
n  Gp akan diminta mengulas perlakuanya dlm penyampian ilmu pengetahuan

Peranan Pengkrikitk
n  Perhatikan tiap-tiap peringkat perkembangan p&p
n  Catatakan pemerhatian dlm borang penilaian
n  Nyatakan kekurangan dan kekuatan

Peranan Jurukamera
n  Fokuskan kamera kapada kegiatan guru yg sedang mengajar.
n  Tumpukan ke arah guru yg sedang mengajar,memberi penaran,memnulis di papan hitam/putih,tujuk cara

Kepentingan Pengajaran Mikro

Objektif Pengajaran Mikro

  • Guru-guru dapat dilatih mengenai kemahiran-kemahiran yg terdapat dalam menjalankan pengajaran.
  • Memberi persediaan dan pendedahan awal kepada semua guru pelatih mengenai cara-cara menjalankan sesuatu kemahiran dalam pengajaran
  • Memberi peluang kepada semua guru-guru pelatih menjalankan sesuatu kemahirab di dalam bilik kuliah dgn bimbingan pensyarah
Kepentingan Pengajaran Mikro
  • Guru pelatih mendfapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajara satu demi satu dalam situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan.
  • Guru-guru pelatih boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yg tenan ,mudah dan lebih kompleks
  • Membolehkan guru-guru pelatih mengamalkan teori yang disampaikan oleh pensyarah
Matlamat Pengajaran Mikro
  • Dapat membantu guru pelatih mengurangkan pelbagai masalah dlm pengajaran biasa di sekolah pada masa depan
  • Meningkatkan keyakinan guru peltih supaya mereka bersedia menghadapi situasi pengajaran sebenar
  • Menguji keberkesanan kurikulum dan kaedah baru kpd beberapa org pelajar.
  • Melahirkan pelatih yang dapat mengkaji sendiri kelebihan dan kekurangan yang dilakukan dalam sesi mikro
  • Memahami kesilapan pengajaran mereka dan membaikinya serta mengukuhkan kelebihan
  • Membolehkan guru terlatih memeriksa kemahiran-kemahiran dgn memisahkan anatara satu sama lain. Ini akan membolehkan seseorang guru mengkaji secara berasingan tiap-taip kemahiran itu dgn jelas

PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran Mikro

Definisi Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro merupakan satu daipada perkembangan yang paling penting dalam bidang pengajaran praktik. Pengajaran ini bermula di Uni Stanford 1963. Pegawai-pegawai yg diketuai oleh Dwight Alter di Pusat penyelidikan dan perkembangan dalam pengajaran telah mencipta suatu pendekatan bagi latihan perguruan praktik dgn menggunakan teknik-teknik seperti amalan kumpulan,kawalan rapi,kaedah yg lebih analitikal dan satu pendekatan yg baru utk mendapatkan maklumat semula. Sejak itu, teknik ini telah digunakan dengan meluas di Britain dan USA.

Pengajaran Mikro merupakan satu pengajaran skala kecil yg bertujuan melatih guru-guru pelatih dalam kemahiran set induksi,penyoalan,variasi ransangan,memberi penerangan,menggunakan contoh dan ilustrasi,pengukuhan,menggunakan papamn kapur ,BBm dan penutup

Pengajaran Mikro merupakan satu teknik pengajaran dalam masa 5-15 minit utk megajar sesuatu kemahiran tertentu bagi satu kumpulan murid. Ianya sama dengan penggunaan teknik simulasi utk menguasai kemahiran-kemahiran pengajaran tertentu. ( Mok Soo Sang )

Pengajaran mikro merupakan titik permulaan dalam program latihan mengajar bagi guru pelatih yg mengikuti kursus perguruan di maktab @ institusi perguruan. Pengajaran moikro merupakan persediaan bagi guru pelatih sebelum menjalani praktikum di sekolah
( Poh Swee Hiang 1997 )

Wednesday, December 15, 2010

Kaedah FERNALD

Kaedah ini dibentuk untuk pengajaran secara Individu. Kaedah ini digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini adalah gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT).

Terdapat 4 peringkat pengajaran kaedah Fernald

1. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi.
  • guru menulis perkataan dengan saiz besar menggunakan crayon di atas kertas.
  • pelajar akan menyurih huruf-huruf tersebut dengan menggunakan jari (T-K) sambil menyebut dan mendengar sebutan itu (A).
  • pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan/tracing (V).
  • proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.
  • pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.
2. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi.
  • pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang ditulis dan disebut oleh guru, namun  pelajar perlu menulis perkataan tersebut.
  • pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.
3. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan.
  • pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).
  • guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku.
4. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.
  • pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan yang bercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.
  • pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.
Keempat-empat peringkat perlu dikuasai oleh murid mengikut urutan. Kejayaan hendaklah diberi peneguhan positif supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan. Hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti murid disleksia, pemulihan, dan murid PKBP

Kaedah VAKT

V - Visual (penglihatan)
A - Audio (pendengaran)
K - Kinestetik (pergerakan)
T - Tactile (sentuhan)

  • Kaedah VAKT merupakan kaedah yang menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan)
  • Murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Prosedur Pengajaran kaedah VAKT
  • Murid memerhati perkataan yang dipelajari (V-A)
  • Guru menyebut perkataan dan murid mendengar (A-V)
  • Murid menyebut sambil memerhati perkataan itu (V)
  • Murid cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya (K-T)
  • Murid membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal (V-K)
  • Berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran kerana rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran.

Friday, December 3, 2010

Galeri dah boleh 'Klik'

salam sejahtera,

'Galeri' dah boleh klik. ada beberapa gambar yang sempat saya upload. Sila...sila...sila..

Now you can click 'Galeri' to view several Teaching Aids. Sorry coz only few of my collection uploaded. Next time..