Pages

Wednesday, December 15, 2010

Kaedah FERNALD

Kaedah ini dibentuk untuk pengajaran secara Individu. Kaedah ini digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini adalah gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT).

Terdapat 4 peringkat pengajaran kaedah Fernald

1. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi.
  • guru menulis perkataan dengan saiz besar menggunakan crayon di atas kertas.
  • pelajar akan menyurih huruf-huruf tersebut dengan menggunakan jari (T-K) sambil menyebut dan mendengar sebutan itu (A).
  • pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan/tracing (V).
  • proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.
  • pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.
2. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi.
  • pelajar tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang ditulis dan disebut oleh guru, namun  pelajar perlu menulis perkataan tersebut.
  • pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.
3. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan.
  • pelajar belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).
  • guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh membaca daripada buku.
4. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.
  • pelajar dapat mengecam perkataan-perkataan yang bercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.
  • pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.
Keempat-empat peringkat perlu dikuasai oleh murid mengikut urutan. Kejayaan hendaklah diberi peneguhan positif supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan atau dikekalkan. Hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti murid disleksia, pemulihan, dan murid PKBP

Kaedah VAKT

V - Visual (penglihatan)
A - Audio (pendengaran)
K - Kinestetik (pergerakan)
T - Tactile (sentuhan)

  • Kaedah VAKT merupakan kaedah yang menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan)
  • Murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.
Prosedur Pengajaran kaedah VAKT
  • Murid memerhati perkataan yang dipelajari (V-A)
  • Guru menyebut perkataan dan murid mendengar (A-V)
  • Murid menyebut sambil memerhati perkataan itu (V)
  • Murid cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya (K-T)
  • Murid membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal (V-K)
  • Berpegang kepada prinsip rangsangan dalam pembelajaran kerana rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran.

Friday, December 3, 2010

Galeri dah boleh 'Klik'

salam sejahtera,

'Galeri' dah boleh klik. ada beberapa gambar yang sempat saya upload. Sila...sila...sila..

Now you can click 'Galeri' to view several Teaching Aids. Sorry coz only few of my collection uploaded. Next time..