Pages

Saturday, August 14, 2010

Pembinaan Ujian

SOALAN OBJEKTIF

Definisi Soalan Objektif

Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.

“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”
(Gronland,1977).

Antara contoh soalan berbentuk objektif:
• Item jenis pendek
• Item jenis padanan
• Item jenis anekapilihan
• Item kloz

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
1. Item respon bebas
2. Item respon tetap (item objektif pilihan)


Item respon bebas

Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;

1.Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
2.Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
•Item respon tetap (item jenis pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

Item respon tetap;

a. Format salah betul
b. Padanan
c. Aneka pilihan

a.Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).

Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
Hitam – Putih ( ),


b.Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

c.Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;

1.Berbentuk soalan
2.Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3.Analogi
4.Antonim
5.Jenis negatif
6.Mengisi tempat kosong
7.Jenis campuran
8.Teknik kloz
9.Mengelaskan

Panduan pembinaan

1.Pokok soalan (stem)
•Bahasa mudah difahami
•Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap
•Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi
•Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%-hitamkan / garis)
•Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.

2.Bahan ransangan

3.Pilihan jawapan
•Jawapan yang disediakan haruslah logik.
•Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka)
•Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
•Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
•Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
•Tiada perkataan yg berulang
•Pastikan satu jawapan shj yg betul

4.Distraktor (penganggu jawapan)

5. Struktur item (roman & abjad)

Kelebihan
1.Mudah disemak
2.Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan)
3.Menguji banyak topik
4.Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid)
5.Mengukur proses mental yang tinggi

Kelemahan
1.Murid tidak dapat mengeluarkan idea.
2.Potensi untuk meneka jawapan tinggi
3.Sukar untuk dibina
4.Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran
5.Calon bijak tidak perlu belajar banyak
6.Tidak dapat mengukur keaslian

SOALAN SUBJEKTIF

• Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

• Terdapat dua jenis
1. Tindak balas terhad (struktur – jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan)
2. Tindak balas lanjutan (esei)

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.


Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Panduan Pembinaan Item Subjektif

• Membentuk JSU
• Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut :
1. Tugas / arahan soalan jelas
2. Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon.
3. Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain)
4. Mengubal bilangan soalan secara berpatutun.
5. Sediakan satu skema pemarkahan.

Kelebihan
•Mudah digubal
•Sesuai untuk semua mata pelajaran
•Sesuai untuk semua aras taksonomi
•Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yg siperoleh.
•Mengurangkan konsep meneka.
•Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
•Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

Kelemahan
•Bidang yg diuji terhad
•Soalan boleh diramal
•Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja.
•Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Kepentingan JSU
• Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
• Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran
• Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
• Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
• Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
• Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Tujuan JSU diwujudkan.

• Menghasilkan soalan yang berkualiti (tidak membentuk soalan secara spontan – tidak tahu aras)
• Soalan yang dihasilkan tidak mempunyai kesahan / tiada keutuhan.

Ciri-ciri JSU

• Merupakan matrik yg terdiri drpd 2 paksi iaitu paksi melintang – aras kemahiran dan menegak – kandungan.
• Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan.
• Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi.
• Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran.
• Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%.
• Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lain-lain.
• Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

Kepentingan JSU
• Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
• Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
• Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
• Menentukan perimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
• kertas ujian dapat digubal secara sistematik
• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
• Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
• Memberi panduan untuk membentuk soalan.
• Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun.
• Mengambil kira bilangan masa yg diperuntukkan untuk sesuatu topik.
• Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yg lain.
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran

4 syarat JSU
1. Ujian tidak dibina semberangan.
2. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yg diuji.
3. memberi panduan dan penentuan kepada pengubalan ujian.
4. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)

JSU mengandungi maklumat tentang:
• Bentuk dan panjangnya ujian
• Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
• JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
• Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.
• Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
• Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
• Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
• Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama
• Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
• Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua
• Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
• Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga
• Menentukan aras kesukaran
• Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
• Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat
• Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
• Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima
• Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
• Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
• Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam
• Menyatakan matapelajaran
• Tingkatan atau kelas
• Susunan nombor soalan mengikut tajuk


Menyemak item soalan

1. Bahasa
2. Isi (mengikut kemahiran)
3. Arahan yg diberi jelas
4. Masa yg diberi mencukupi
5. Susunan soalan (mudah-sukar)

Ujian Pra

1. Dijalankan setelah menyemak soalan
2. Menentukan kesahan
3. Kebolehpercayaan
4. Kebolehtakbiran (boleh diurus – perjalanan peperiksaan)
5. Kemudahtafsiran (dianalisis)
6. Maklumat ujian pra membantu guru menentukan soalan

Konsep IK (Indeks Kesukaran)
• Tujuan : menentukan indeks soalan (sukar, sederhana, mudah)
• Pengiraan :

1. IK = B / J (jumlah yg sedikit)
B = bil. Calon menjawab betul
J = jumlah keseluruhan calon

2. IK = BT + BR / J (jumlah yg banyak - lebih 40 orang)
BT = jumlah calon dlm kumpulan tinggi yg
menjawab betul
BR = jumlah calon dlm kumpulan rendah
yg menjawab betul
J = jumlah keseluruhan calon

Tahap-Tahap Kognitif BLOOM

Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu:

Pengetahuan,
Kefahaman,
Aplikasi,
Analisis,
Sintesis,
Penilaian

Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
• Pelajar perlu menggunakan proses mental.
• Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.
• Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.
• Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

a.Penterjemahan
• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

b.Mentafsir (Interpretasi)
• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

c.Ekstrapolasi
• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman
• Proses mental
• Maklumat asas telah diajar
• Perlu bahan atau alat komunikasi
• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi
• Menggunakan proses mental aplikasi
• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis
1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis
• Soalan menggunakan proses mental analisis
• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
• Situasi, dokumen perlu dianalisis
• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.
1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

Domain

DOMAIN AFEKTIF KALTHWOHL 1964

Diasaskan oleh, David R. Krathwohl

•Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.

•Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.

•Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

•Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :
1. Penerimaan
2. Bertindak balas
3. Menilai
4. Organisasi
5. Perwatakan


1.Penerimaan

•Keinginan dan kesanggupan menerima
(kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan)

•Kesedaran
(faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara)

•Perhatian terkawal
(kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan – cth : mendengar dan menghayati sajak)

•Objektif am :
1.Mendengar dengan berhati-hati.
2.Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
3.Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
4.Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
5.Mengambil bahagian dalam aktiviti.

•Hasil pelajaran spesifik :
1.Menyoal
2.Memilih
3.Menghuraikan
4.Mengikut
5.Menamakan
6.Menggunakan


2.Bertindak balas

•Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan.

•Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti.

•Murid mengambil perhatian dan bertindak balas.

•Terdapat 3 kategori :
a.Persetujuaan membalas
(Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.)

b. Kesediaan membalas
(Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)

c. Kepuasan
(Mencapai objektif )

•Objektif :
a.Am
•Melengkapkan kerja
•Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil
•Seronok membantu rakan
•Melakukan tugas secara sukarela.

b. Spesifik
•Dapat menulis isi pelajaran
•Menjawab soalan
•Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)

3. Menilai

•Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.

•Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

•Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku.

•Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian)

•Kategori
a.Penerimaan
- Menerima dan melakukan arahan aktiviti.
b.Pilihan
- Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih.
c.Penglibatan
- Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.


4.Organisasi

•Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.

•Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.

•Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

•Kategori
a.Penenggapan
-Mampu mencipta konsep anstrak.
b.Organisasi
- Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.

5. Perwatakan

•Perubahan tingkah laku positif.

•Kategori
a.Set up – mengekalkan nilai-nilai
b.Perwatakan – disiplin diri.

RINGKASAN....

DOMAIN KRATHWOHL

Penerimaan
Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolak rangsangan. Tindakan adalah terhad.

Gerakbalas
Seseorang akan bertindakbalas kepada rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindakbalas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerakbalas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.

Penilaian
Sesorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.

Jenis penilaian
1. Penerimaansemua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan.
2. Pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan pendiriannya.
3. Komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran.

Organisasi
Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian diantaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.

Perwatakan
Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

Taksonomi Bloom

TAKSONOMI BLOOM

•Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956.

•Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.

•Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

•Menekankan aspek kognitif (pengetahuan) – apa yang dicari adalah seperti fakta, teori, dan hukum.

•Tujuan : membina kebolehan, pemikiran, dan pemahaman (cth : mencari isi penting daripada petikan yang dibaca)

•Terdapat enam peringkat (tidak semestinya menggunakan kesemua peringkat ini dalam soalan – cth : pada kertas soalan tahun 1 tidak terdapat tahap sintesis kerana tahap ini merupakan tahap yang tinggi dan tidak sesuai dengan umur murid)

1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian

1.Pengetahuan ( selalunya mengunakan kata tanya, cth : bilakah, dimanakah, mengapakah, dan sebagainya)

•Tujuan : mengingat semula perkara-perkara yang sudah dipelajari tanpa sebarang perubahan.

•Contoh :
1. Bilakah Malaysia merdeka ?
2. Berapa buah negerikah yang terdapat di Malaysia?
3. Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?

•Objektif
1. Umum : mengetahui
2. Khusus / spesifik : melebal, menyatakan, menulis (eksplisit)


2.Kefahaman (kebolehan untuk memberi penjelasan / makna sesuatu perkara)

•Konsep : menjelaskan maklumat dengan terperinci.

•Merupakan peringkat yang tinggi berbanding peringkat pengetahuan.

•Tiga aras penting :
1.Terjemahan isi (isi kepada huraian, cth : Ibu Ali meninggal dunia.)
2.Memberi tafsiran / makna sesuatu maklumat (cth : Setiap manusia di muka bumi ini akan menemui ajal masing-masing. )
3.Ekstrapolasi (tafsiran lanjut berdasarkan maklumat yang digambarkan (cth : Kita sebagai manusia biasa mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi perkara yang berlaku pada bila-bila masa sahaja)

•Tujuan : memahami sesuatu bahan, menjelaskan menterjemah, merumuskan,menulis, dan membezakan.

•Cth : jelaskan, bezakan, bandingkan, ringkaskan, nyatakan, dan seumpamanya.


3.Aplikasi

•Tujuan : menggunakan pengetahuan mujarat (abstrak) untuk menyelesaikan masalah yang maujud.

•Objektif :
1.Umum : menggunakan, menyelesaikan, menunjukkan
2.Khusus / spesifik : menggunakan, menyelesaikan, mengira, menghubungkan, mengendalikan.

•Cth : soalan yang menggunakan perkataan bagaimana dan jelaskan.

•Menekankan kaedah, prinsip, hukum, dan teori.


4.Analisis (mengenal pasti sebab secara terperinci)

•Definisi : kebolehan untuk menceritakan dan menyusun perkara-perkara yang telah dipelajari kepada beberapa bahagian.

•Tujuan : menaakul (mencari) sebab dan musabab (akibat)

•Cth :
1.Berikan faktor, punca-punca, sebab-sebab, mengapakah perkara tersebut berlaku.
2.Meleraikan sesuatu komunikasi kepada beberapa bahagian.

•Objektif
1.Am : mencerakinkan, menaakul, menjelaskan, menilai kerelevenan data.
2.Spesifik : mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan, menjelaskan srtuktur dan organisasi.
- Cth : Yang manakah antara berikut tidak menerangkan cirri criteria yang betul?
- Cth : Yang manakah antara berikut merupakan kata kerja?

•Kosa kata popular : bezakan, bandingkan, asingkan, tafsirkan bahagian, klasifikasikan, sebab, mengapa, huraikan, menaakul, mencerakinkan.


5.Sintesis – (lebih kepada sains, BM- karangan)

•Menguji kebolehan calon mencantumkan, mengabungkan, dan meintegtrasikan fakta atau idea yang berkaitan (mengembang fakta menggunakan ayat sendiri)

•Tujuan : membentuk sesuatu yang baharu.

•Objektif :
1.Am : menulis karangan, mencadangkan sesuatu pandangan, menghasilkan karya
2.Spesifik : mengabungkan, mengubah, mereka cipta, merancang, menulis

•Cth : Berdasarkan tajuk “saya sebatang pen” bina ayat-ayat yang dapat menerangkan mengenai pen tersebut.

•Kosa kata popular : mereka bentuk, kumpulkan, susunkan, gubahkan.

Cth mencadangkan : senaraikan beberapa cara kamu boleh mengatasi masalah itu.


6.Penilaian

•Menguji kebolehan calon, membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, memberi pendapat mengenai sesuatu peryataan, dll.

•Tujuan : membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kretiria tertentu.

•Objektif :
1. Am : menimbangkan nilai, ketekalan, kecukupan data.
2. Spesifik : menilai, membuat pertimbangan.

•Jenis : sejauh mana, nilaikan, apakah pendapat kamu.

Cth : Berikan pendapat anda mengenai hal tersebut.
: Sejauh manakan kebaikan menggunakan kereta ke kuliah.

•Kasa kata popular : nilaikan, rumuskan, tafsirkan, kritikkan, bandingkan, ulaskan, huraikan, buktikan.•Cth :

1. Pada pendapat kamu, ujian apakah yang sesuai diberikan kepada murid tahun enam?
2. Berbagai faktor perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian program. Bandingkan.

Saturday, August 7, 2010

Tujuan Penilaian

Penilaian bertujuan untuk:

1. Diagnosis

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.

Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut.

Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

2. Pencapaian

Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar.

Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

3. Pemilihan dan Penempatan

Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

4. Bimbingan dan Kaunseling

Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri.

Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Tujuan lain Penilaian Ujian

• Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.
• Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.
• Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.
• Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya
• Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.
• Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
• Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
• Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
• Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya..

PENTAKSIRAN

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

PENTAKSIRAN

Definisi
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan

Konsep Pentaksiran
•menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu.
•tahap, status, dan nilai.
•proses menilai secara kuantitatif.
•merangkumi skala ordianal dan skala slang.
•kesimpulan : pentaksiran bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid.

Konsep Pengujian
•cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang (murid) dengan menggunakan bahan yang mempunyai kebolehpercayaan.
•tujuan : mengesan penguasaan kemajuan dan pencapaian murid dalam pelajaran.
•alat mengukur pencapaian (kognitif - struktur bahasa lisan, psikomotor - perubahan tingkah laku, efektif - pencapaian nilai-nilai)
•penilaian pencapaian berlaku secara eksplisit (memahami, lisan, menulis)
•berlaku pada tiga peringkat
1.persediaan
2.pelaksanaan
3.penyemakan

Konsep Penilaian
•penilaian ialah merupakan proses pengumpulan maklumat atau proses menganalisis yang berlaku selepas pengujian dan penilaian untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan yang seterusnya.
•prosedur ujian
1.persediaan ujian
2.pentaksiran ujian
3.pemeriksaan dan pengukuran
4.dapatan atau tindakan

Tujuan Pentaksiran
• Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
• Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
• Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
• Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
• melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
• Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

PENGUJIAN

Definisi
Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)
“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.
(Raminah 1991:2).


Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

PENILAIAN

Definisi
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap


PERBEZAAN PENGUJIAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Perbezaan dari aspek :

Pengertian :
•Pengujian - Proses menentukan perubahan tingkah laku.
•Pentaksiran - Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan antara murid.
•Penilaian - Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.

Tujuan
•Pengujian - Menentukan pencapaian murid dalam satu mata pelajaran.
•Pentaksiran - Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pelajaran.
•Penilaian - Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum.

Kegunaan
•Pengujian - Menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai.
•Pentaksiran - Mengelaskan, pensijilan, dan menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai untuk penyelidikan.
•Penilaian - Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan.

Bentuk
•Pengujian - Pemerhatian, ujian, lisan, dan menulis.
•Pentaksiran - Ujian bertulis dengan markah dan gred.
•Penilaian - Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan.

Masa
•Pengujian - Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran.
•Pentaksiran - Selepas beberapa pelajaran.
•Penilaian - Sebelum, semasa, selepas satu atau beberapa pelajaran.

Proses pelaksanaan

•Pengujian
1. Persediaan ujian
2. Pentadbiran
3. Pemeriksaan.

•Pentaksiran
1. Proses pengujian
2. Merekod markah atau gred

•Penilaian
1. Proses pengukuran
2. Proses penganalisisan
3. Proses interprestasi
4. Melapor
5. Tindakan