Pages

Saturday, August 7, 2010

PENTAKSIRAN

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

PENTAKSIRAN

Definisi
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan

Konsep Pentaksiran
•menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu.
•tahap, status, dan nilai.
•proses menilai secara kuantitatif.
•merangkumi skala ordianal dan skala slang.
•kesimpulan : pentaksiran bertujuan untuk menentukan kedudukan dan pencapaian murid.

Konsep Pengujian
•cara yang sistematik untuk mengukur perubahan tingkah laku seseorang (murid) dengan menggunakan bahan yang mempunyai kebolehpercayaan.
•tujuan : mengesan penguasaan kemajuan dan pencapaian murid dalam pelajaran.
•alat mengukur pencapaian (kognitif - struktur bahasa lisan, psikomotor - perubahan tingkah laku, efektif - pencapaian nilai-nilai)
•penilaian pencapaian berlaku secara eksplisit (memahami, lisan, menulis)
•berlaku pada tiga peringkat
1.persediaan
2.pelaksanaan
3.penyemakan

Konsep Penilaian
•penilaian ialah merupakan proses pengumpulan maklumat atau proses menganalisis yang berlaku selepas pengujian dan penilaian untuk membuat keputusan atau melakukan tindakan yang seterusnya.
•prosedur ujian
1.persediaan ujian
2.pentaksiran ujian
3.pemeriksaan dan pengukuran
4.dapatan atau tindakan

Tujuan Pentaksiran
• Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
• Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
• Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
• Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
• Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
• melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
• Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

PENGUJIAN

Definisi
Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)
“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.
(Raminah 1991:2).


Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

PENILAIAN

Definisi
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap


PERBEZAAN PENGUJIAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

Perbezaan dari aspek :

Pengertian :
•Pengujian - Proses menentukan perubahan tingkah laku.
•Pentaksiran - Proses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan antara murid.
•Penilaian - Proses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuran.

Tujuan
•Pengujian - Menentukan pencapaian murid dalam satu mata pelajaran.
•Pentaksiran - Membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan antara murid dalam penguasaan pelajaran.
•Penilaian - Memberi maklumat mengenai pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum.

Kegunaan
•Pengujian - Menempatkan murid dalam kumpulan yang sesuai.
•Pentaksiran - Mengelaskan, pensijilan, dan menempatkan murid dalam jurusan yang sesuai untuk penyelidikan.
•Penilaian - Membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan.

Bentuk
•Pengujian - Pemerhatian, ujian, lisan, dan menulis.
•Pentaksiran - Ujian bertulis dengan markah dan gred.
•Penilaian - Jadual atau gred berdasarkan teknik perangkaan.

Masa
•Pengujian - Selepas sesuatu atau beberapa pelajaran.
•Pentaksiran - Selepas beberapa pelajaran.
•Penilaian - Sebelum, semasa, selepas satu atau beberapa pelajaran.

Proses pelaksanaan

•Pengujian
1. Persediaan ujian
2. Pentadbiran
3. Pemeriksaan.

•Pentaksiran
1. Proses pengujian
2. Merekod markah atau gred

•Penilaian
1. Proses pengukuran
2. Proses penganalisisan
3. Proses interprestasi
4. Melapor
5. Tindakan

No comments:

Post a Comment