Pages

Tuesday, November 30, 2010

UJIAN SARINGAN DAN DIAGNOSTIK

Ujian Saringan (US)
Ujian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan.

 Ujian Saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas.
 Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa.
 Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.

Faktor yang menentukan bilangan murid :
• Skor yang rendah dalam Ujian Saringan.
• Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan.
• Masalah murid.
• Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.

Ujian Diagnostik
Definisi
Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Tujuan Ujian Diagnostik
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan kesulitanyangdihadapiolehmurid.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
• Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
• Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Membina Ujian Diagnostik
 Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan:
• Objektif ujian
• Kemahiran yang hendak diuji
• Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
• Siapa yang hendak diuji – sasaran.

• Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.-

• Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

• Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

• Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian Diagnostik

• Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.

• Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

• Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

• Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam 3 kemahiran berturut-turut.

• Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

• Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.

• Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa.

• Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.

• Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.
• Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

Analisa Ujian Diagnostik
• Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis
• Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang pengajaran sama ada secara kumpulan atau pun individu.

No comments:

Post a Comment