Pages

Tuesday, November 30, 2010

JENIS-JENIS UJIAN

JENIS-JENIS UJIAN DI SEKOLAH

Ujian Formatif
Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.

Ujian Sumatif
Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

Ujian Formatif

• Mengecam pencapaian murid mengikut sesuatu kemahiran
• Dijalankan secara formal atau tidak formal (teknik kuiz, soal jawab, dan sebagainya)
• Berlaku dalam jangka masa yang pendek (selepas murid memperlajari sesuatu kemahiran)
• Dilaksanakan secara berterusan.
• Tajuk atau soalan yang diuji adalah terhad.
• Aras kesukaran soalan berubah-ubah.
• Tatabahasa kurang dipentingkan (teknik soal jawab)
• Markah yang diperoleh oleh murid adalah umum (lulus ataupun gagal)
Ujian Sumatif

• Mengesan pencapaian murid secara keseluruhan (pada akhir pembelajaran kesemua kemahiran)
• Dijalankan secara formal pada waktu yang telah ditetapkan
• Tempoh masa adalah panjang iaitu setelah kesemua kemahiran dipelajari oleh murid)
• Dijalankan untuk proses pensijilan
• Contoh : UPSR, PMR, SPM,STPM, dan sebagainya.

Ujian Bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

Ujian Kefasihan
Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.

Ujian Kemajuan :
Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.

Ujian Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan melibatkan dua kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

i. Kemahiran mendengar
• Kemahiran paling asas
• Berlaku pada peringkat penerimaan
• Murid yang telah menguasai kemahiran ini mampu bertutur, memahami, dan mentafsir apa yang didengar.

ii. Kemahiran bertutur
• Melafazkan bunyi-bunyi bahasa daripada alat-alat artikulasi
• Peringkat penglahiran
• Perlu ditiru dan diajuk

Tujuan kemahiran lisan :
• Menyebut perkataan dan ayat dengan betul
• Melatih murid mendengar dan memahami pertuturan orang lain.
• Untuk berinteraksi dengan orang lain (menyampaikan perasaan, kehendak, dll).
• Melatih murid agar berkeyakinan dan percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak)
• Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai, dan perbendaharaan kata yang luas.

Kemahiran-kemahiran yang boleh dinilai melalui aktiviti:
1. Bertutur dengan tenang menggunakan gaya yang betul
2. Bertutur dengan nada, intonasi, dan sebutan yng betul.
3. Mendengar dengan baik, memahami perkara yang didengar, dan menghormati pertuturan orang lain.
4. Bercerita dan membuat laporan menggunakan bahasa yang menarik dan betul.
5. Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan.
6. Mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi.

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
• bacaan kuat
• syarahan
• perbahasan
• bercerita
• perbincangan
• temu bual
• soal jawab
• deklamasi sajak
• mendengar dan memberi respon secara lisan

No comments:

Post a Comment