Pages

Sunday, July 25, 2010

Jenis-Jenis Pengamatan

Kebiasaannya guru cuma merangsangkan deria murid-muridnya dan merekalah yang menerima, memproses kemudian menyimpan atau menyatakan sebagai gerak balas dengan cara menjawab secara lisan, menulis ataupun melakukan apa yang diajar. Harus diingat tidak ada dua orang murid yang memprose rangsangan (pengajaran) dengan menghasilkan gerak balas yang sama kerana tidak ada dua orang murid yang sama segalanya. Sesungguhnya kebolehan mengamati itu adalah sesuatu yang jati atau semula jadi.

KOMPONEN DAN JENIS-JENIS PENGAMATAN

i. Penglihatan (Janet W Learner – Kepayahan seseorang khususnya kanak-kanak disleksia dalam melakukan tugasan untuk membezakan abjad, perkataan serta mengecam angka, nombor, bentuk geometri dan gambar. Ianya melibatkan diskriminasi penglihatan, ingatan penglihatan dan integrasi visual-motor dan visual kinestetik. Antara masalah visual yang dapat dilihat, seperti perbezaan bentuk, saiz, mengecam bentuk huruf dan perkataan serta tentang pembalikan sesuatu objek.

ii. Pendengaran (Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994 – Keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal. Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan abjad (intergrasi visual pendengaran).

iii. Sensori- Motor ( Koordinasi pergerakan tubuh atau kawalan gerak visual, koordinasi motor kasar dan motor halus, imej badan sisian arah penyelarasan badan).

Antara jenis pengamatan terdapat dua jenis pengamatan yang penting yang berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak hari ini, yakni pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran.

“…. Corret auditory and visual perception is the characteristic of a good reader …..” Fred.J. Schnell dalam bukunya “ Backwardness in Basic Subjects”.

Dari kata-kata di atas bererti bahawa “hanya orang yang mempunyai pengamatan dan pendengaran yang boleh membaca dengan baik”. Kita sebagai seorang guru tidak akan menafikan bahawa dari pengalaman-pengalaman mengajar, kita dapat mengesan kanak-kanak terutama kanak-kanak pemulihan yang mempunyai kesukaran-kesukaran dalam satu aspek pengamatan tersebut.

CIRI-CIRI KESUKARAN DALAM KOMPONEN – KOMPONEN PENGAMATAN

Penglihatan

1. Diskriminasi
- Ketidakbolehan membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan.

2. Ingat Kembali
- Ketidakbolehan mengingat kembali apa yang diamati.

3. Orientasi Kedudukan
- Ketidakbolehan membezakan kedudukan sesuatu bentuk, huruf dan nombor.

4. Turutan
- Ketidakbolehan mengingati sesuatu mengikut susunan huruf-huruf dalam perkataan.

5. Menyudah atau Melengkapkan
- Ketidakbolehan mengenal sesuatu benda atau Melengkap objek, nombor, perkataan atau ayat.

6. Menyalin
- Ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor, perkataan atau ayat.

7. Rajah Latar Belakang
- Ketidakbolehan menentukan sesuatu seperti bentuk, huruf atau nombor dari latabelakang sesuatu gambar atau rajah.

8. Koordinasi Motor
- Ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan motor mata dan tangan.

9. Pertalian Jarak (Ruang)
- Ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak kiri dan kanan serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain.

10. Ketetapan Bentuk / Kedudukan dalam rajah
- Ketidakbolehan mengetahui sesuatu bentuk, huruf, atau nombor yang mempunyai bentuk tetap dan tidak akan berubah bentuknya dalam mana-mana keadaan.

11. Gambar Bersiri
- Ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain.

12. Mazing atau Mencari Jalan Keluar
- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah

13. Benda Tersembunyi
- Ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.


Pendengaran

Antara masalah dalam pengamatan pendengaran berpunca daripada kecacatan organisma telinga.


Taktil dan Kinestetik

Juga dikenali dengan Pengamatan Sensori-motor. Ia melibatkan koordinasi pergerakan tubuh badan, koordinasi motor kasar dan motor halus. Manakala psikomotor merujuk kepada lateraliti dan dominan . Lateraliti ialah pergerakan seseorang itu dan dominan ialah penguasaan satu bahagian otak ke atas bahagian kiri atau kanan badan. Bahagian ini pula menguasai pergerakan otot-otot kiri atau kanan anggota (bahagian kiri otak akan menguasai bahagian kanan anggota dan sebaliknya) Lateraliti dan dominan ada kaitan dan saling pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.

sorry kalau terlalu ringkas...

4 comments: