Sunday, March 13, 2011

Masalah Gangguan Pertuturan Murid Pemulihan Khas

Gangguan Pertuturan
Gangguan ini menjejaskan kefahaman dan cara seseorang bercakap. Gangguan ini dalam bentuk penyalahsebutan, bunyi-bunyi pertuturan hingga ketidakbolehan bercakap. Seseorang yang mengalami masalah pertuturan ini adalah:
• jika pertuturannya berbeza dari individu-individu lain dalam kumpulan umur, jantina atau bahasa yang sama
• jika pertuturannya sukar difahami
• apabila seseorang itu mengelak daripada berkomunikasi dengan orang lain

Jenis Masalah Pertuturan
Masalah pertuturan yang telah dikenal pasti terdiri daripada :
Gagap
Pertuturan yang tidak lancer disebabkan teragak-agak dan pengulangan atau pemanjangan pertuturan
Masalah artikulasi / telor
Tidak dapat menyebut bunyi pertuturan dengan betul
Masalah suara
Penggunaan nada dan kekuatan bunyi yang tidak sesuai, suara serak, sengau atau garau
Pelat
Dipengaruhi oleh slanga kenegerian. Contohnya, Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu
Meninggalkan atau menambah imbuhan
Afasia
Hilang keupayaan bertutur disebabkan penyakit strok atau kecederaan kepala

Penyebab Masalah Pertuturan
Antara penyebab masalah pertuturan ialah :

• Masalah hilang pendengaran
• Palsi serebral dan masalah lain
• Kecederaan kepala yang teruk
• Strok
• Sindrom down
• Lelangit bercelah / sumbing
• Kanser pita suara

No comments:

Post a Comment