Pages

Saturday, January 22, 2011

PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran Mikro

Definisi Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro merupakan satu daipada perkembangan yang paling penting dalam bidang pengajaran praktik. Pengajaran ini bermula di Uni Stanford 1963. Pegawai-pegawai yg diketuai oleh Dwight Alter di Pusat penyelidikan dan perkembangan dalam pengajaran telah mencipta suatu pendekatan bagi latihan perguruan praktik dgn menggunakan teknik-teknik seperti amalan kumpulan,kawalan rapi,kaedah yg lebih analitikal dan satu pendekatan yg baru utk mendapatkan maklumat semula. Sejak itu, teknik ini telah digunakan dengan meluas di Britain dan USA.

Pengajaran Mikro merupakan satu pengajaran skala kecil yg bertujuan melatih guru-guru pelatih dalam kemahiran set induksi,penyoalan,variasi ransangan,memberi penerangan,menggunakan contoh dan ilustrasi,pengukuhan,menggunakan papamn kapur ,BBm dan penutup

Pengajaran Mikro merupakan satu teknik pengajaran dalam masa 5-15 minit utk megajar sesuatu kemahiran tertentu bagi satu kumpulan murid. Ianya sama dengan penggunaan teknik simulasi utk menguasai kemahiran-kemahiran pengajaran tertentu. ( Mok Soo Sang )

Pengajaran mikro merupakan titik permulaan dalam program latihan mengajar bagi guru pelatih yg mengikuti kursus perguruan di maktab @ institusi perguruan. Pengajaran moikro merupakan persediaan bagi guru pelatih sebelum menjalani praktikum di sekolah
( Poh Swee Hiang 1997 )

No comments:

Post a Comment